Foto : Malaysiakini |
Menurut Rafizi, Chia mahu berhenti kerana keadaan kesihatannya yang serius.
“Kami menasihatkan beliau membincangkan perkara itu dengan pemimpin parti apabila beliau pulang dari luar negeri hujung tahun ini.
“Sehingga itu, status quo di kerusi itu kekal,” kata Rafizi memetik laporan dari MalaysiaKini.
Semalam, Chia telah memuat naik satu status untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat di Facebook beliau. Di dalam status tersebut, Chia juga ada menyebut sebab dia membuat keputusan itu iaitu kerana keadaan kesihatannya.
Jika perletakan jawatan ini berlaku, satu pilihan raya kecil akan dijalankan di negeri tersebut.
Bagaimanapun, Pengerusi PKR Sabah,, Datuk Seri Lajim Ukin semalam berkata setakat semalam tiada sebarang perletakan jawatan dibuat. - Siakapkeli.com.my
Carta pecahan pengundi pada 2013 & 2008 di Inanam |