Seorang lelaki nekad menyebar gambar bogel bekan teman wanitanya sebagai tanda membalas dendam selepas gadis berumur 25 tahun bertindak memutuskan hubungan mereka dua bulan lalu.
Lelaki tersebut telah menyebar gambar gambar mangsa ,Nor Fathiah Idris di laman facebook yang dilihat oleh ramai pengguna laman sosial tersebut. Beliau telah menyedari perkara ini selepas ada rakannya memberitahu hal tersebut.
Apa yang lebih memburukkan keadaan gambar bogelnya turut dikongsi dan disebarkan menggunakan aplikasi Wechat dengan menggunakan akaun Wechat milik mangsa sendiri.
Menurut Fathiah dia dan keluarga kini terpaksa menanggung malu yang amat besar dan tidak tahu dimana hendak menyorok muka.
Untuk makluman pembaca Nor Fathiah Idris sebelum ini pernah dilaporkan media tentang kehilangannya.
Beliau telah membuat laporan polis tetapi apa yang mengejutkan tiada tindakan boleh diambil kerana bekas teman lelakinya itu adalah dari keluarga yang berpengaruh menyebabkan dia seolah-olah 'kebal'.
Menurutnya ibu mangsa,Fatimah Ismail, 50, pihak polis mengakui perkara ini sendiri kerana mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana status kelaurga lelaki terebut memang berpengaruh di Negeri Johor.
Beliau seolah-olah tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya dipetik dari Therakyatpost.
Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.-Siakapkeli.com.my