Wang Kertas Jadi Bahan Bakar Untuk Loji Janakuasa
LUOYANG,CHINA: Sebuah Stesen Jana Kuasa di sini dilaporkan telah menggunakan wang kertas sebagai bahan bakar untuk menghidupkan loji tersebut sekaligus memanaskan 1.5 juta penduduk yang tinggal di bandar tersebut.
Ia dilakukan selepas mendapat kebenaran dari pihak Bank Pusa China dengan alasan kaedah tersebut lebih mesra alam dan kurang mengeluarkan asap yang mencemarkan alam sekitar berbanding penggunaan arang batu.
Menurut jurucakap pihak Bank Pusat, bagi setiap satu tan wang kertas yang rosak itu, ia boleh menghasilkan 660 kilowatt elektrik untuk beberapa jam.
“Memandangkan Henan mempunyai banyak wang kertas yang rosak dan tidak boleh digunakan, maka ia membantu menghasilkan 1.32juta kWh elektrik setahun, iaitu sama dengan membakar 4,000 tan arang batu,’’ katanya.
Wang yang tidak sesuai, rosak atau lama yang hendak dimusnahkan akan dihantar terus ke kilang tersebut oleh Bank Pusat untuk tujuan pemusnahan dan pada masa yang sama memberi manafaat yang baik untuk penghasian tenaga.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini