Zailah Minta Bantuan Segera Rantau Panjang Dalam Situasi Kritikal
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, hari ini merayu bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang kerana keadaan banjir di sini sudah dalam keadaan kritikal.
"Keadaan sekarang amat kritikal serta suasana cemas apabila ada mangsa-mangsa yang tidak dapat kita selamatkan lagi kerana kekurangan bot penyelamat.
"Saya merayu semua pihak tampil beri bantuan, terutama bot-bot penyelamat untuk kita keluarkan ke semua mangsa yang terperangkap di dalam kawasan banjir.
"Saya turut dimaklumkan ada mereka yang terpaksa berlindung di atas pokok dan bumbung rumah, bantuan perlu disegerakan," katanya.
Menurut beliau bekalan elektrik di sini sudah dua ahri terputus dan penduduk terpaksa berada dalam gelap dengan rumah dipenuhi air banjir.
"Alat perhubungan yang ada sekarang hanya melalui telefon, kami di sini memerlukan 'walkie talkie' untuk permudahkan komunikasi dengan semua pihak.
"Dalam keadaan sekarang kita bekerjasama penuh dengan pasukan-pasukan penyelamat seperti Bomba, Jabatan Petahanan Amam Malaysia (JPAM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis mahupun Majlis Keselamatan Negara (MKN)," sambung beliau.
Beliau pihak yang bertnaggungjawab menghantar bantuan segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi kerana kelewatan operasi menyelamat.
Berdasarkan laporan sekarang seramai 7137 mangsa di Pasir Mas dengan Rantau Panajng mencatata jumlah tertinggi dan sudah dipindahkan ke pusat pemindahan yang di sediakan oleh Unit Amal dan PasMa.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini