Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1MDB Tebus Semula Pelaburan USD2.3 Bilion Di Kepulauan Cayman

No Comment


KUALA LUMPUR 13 Jan - 1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, sudah menebus semula sepenuhnya US$2.318 bilion yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, berkata dana itu merupakan pembayaran semula pinjaman yang disediakan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota-nota Murahaba susulan penamatan perjanjian sebelum ini yang dimeterai untuk menjalin usaha sama dengan syarikat itu.

Nota-nota berkenaan yang dibayar sepenuhnya dan faedah, kemudiannya dilaburkan dalam dana yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Cayman.

1MDB sebelum ini menebus US$1.215 bilion, yang mewakili 60 peratus dana yang dilabur, dan kini menebus tambahan US$1.103 bilion, yang membabitkan baki daripada sejumlah US$2.318 bilion yang dilaburkan pada asalnya.-RakyatNews
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli