Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akhirnya Bersanding 31 Januari Ini

No Comment

Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akan bersanding buat pertama kalinya yang akan berlangsung pada 31 Januri ini. Walaupun sebelum ini mereka diuji dengan pelbagai kontroversi berkaitan perkahwinan mereka. Namun perkara tersebut tidak mematahkan semangat pasangan ini.

Persandingan mereka ini akan bertempat di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Perani Kedah (MPSK), dengan pelbagai adat termasuklah kompang.

Majlis persandingan mereka ini sebenarnya diadakan sempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF) dan mereka sebagai duta festival perkahwinan tersebut.

“Sebenarnya persandingan ini diadakan bagi memenuhi komitmen kami sebagai duta kepada MINWEF sahaja.

“Kami dapat tawaran ini pada bulan lalu dan mereka menawarkan kami untuk bersanding secara adat dengan berarak sekali paluan kompang.

“Cuma bezanya kami tidak bersanding dihadapan saudara mara dan kenalan sebaliknya orang-orang yang tidak kami kenali,” kata Aeril dipetik dari portal Murai.

Aeril dan Wawa bagaimanapun mengakui sedikit gementar dan malu untuk bersanding diatas pelamin. Maklumlah buat pertama kalinya lebih-lebih lagi mereka yang sudah memiliki seorang anak.

Bagaimanapun sudah tentu ramai peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persandingan mereka biarkan ianya diadakan demi sebuah festival perkahwinan.

Kepada mereka yang berminat untuk menghadiri festival dan menyaksikan persandingan pasangan ini, ia akan bermula pada 28 Januari sehingga 1 Februari. Bemula pada jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan MPSK. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli