Dakwaan Pembangkang Ekonomi Negara Teruk Adalah Tidak Bertanggungjawab - Mustapa
Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Indsutri, Datuk Seri Mustapha Mohamed hari ini menegaskan bahawa Dakwaan pembangkang bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda krisis adalah keterlaluan dan tindakan tidak bertanggungjawab.
Menurutnya lagi, tindakan melulu pihak pembangkan yang menyamakan situasi ekonomi terkini negara dengan kirisi pada tahun 1997/1998, adalah tidak berdasarkan fakta dan kajian.
“Seharusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pokok seperti ekonomi negara, hubungan kaum dan agama, kita harus ada pandangan yang sama.
Dalam hal ini, jelas pembangkang cuba untuk menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap masa depan ekonomi Malaysia.
Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.” kenyataannya kepada pemberita di luar sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Walaupun senario sekarang yang disifatkannya sebagai satu “cabaran” terhadap ekonomi negara namun beliau menegaskan yang ia jauh dari situasi yang pernah dialami oleh Malaysia ketika pada 18 tahun dahulu.
“Kita akui nilai matawang kita turun sekitar 10 hingga 11 peratus (ketika ini) tapi dahulu, nilai matawang daripada RM2.50 jatuh sehingga hampir RM5 berbanding dollar Amerika Syarikat.”
Menurutnya lagi, dahulu rizab negara turun mendadak namun sekarang, ia masih berbaki US$100 bilion.
“Dulu bank kita menghadapi masalah besar, hari ini bank tidak mempunyai masalah besar, malah semua bank di Malaysia berada dalam keadaan kukuh dengan rizab dan kecairan amat tinggi.” ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
