Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza Menang Kes Saman Kerajaan

No Comment


Kuala Lumpur: Pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarah oleh pihak Mahkamah supaya membayar wang sejumlah RM20,000 kepada aktivis Occupy Dataran, Fahmi Reza Mohd Zain.

Ini kerana Pihak PDRM dan DBKL telah menahan beliau secara tidak sah di Dataran Merdeka pada tahun 2012 lalu semasa Fahmi sedang berada dalam Occopy tersebut.


Fahmi telah menyiarkan sepucuk surat dari Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Nordin yang memaklumkan bahawa pihak DBKL dan polis dikehendaki membayar pampasan melebihi RM30,000 kepada Fahmi.

“Keputusan kes adalah tuntutan plaintif untuk salah tangkap dan salah tahan adalah dibenarkan dan jumlah gantirugi yang dibenarkan adalah seperti berikut;

“Salah tahan – RM5,000 dibayar oleh DBKL dan RM3,000 dibayar oleh pihak polis.

“Gantirugi teladan – RM20,000 dibayar oleh DBKL dan RM10,000 dibayar oleh pihak polis.

“Mahkamah memerintahkan pihak DBKL membayar kos sebanyak RM20,000 manakala pihak polis sebanyak RM10,000 kepada pihak Plaintif (aku),” menurut isi kandunh surat berkenaan.

Fahmi dan beberapa aktivis lain ditangkap pada 22 April lalu oleh pegawai DBKL dan kemudian ditahan polis kerana enggan mengosongkan Dataran Merdeka.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli