Agensi Pekerja Asing Bantah MyEG
KUALA LUMPUR: Perlaksaan kaedah memperbaharui pas lawatan kerja sementara (PLKS) pekerja asing termasuk pembantu rumah secara talian melalui sistem MyEG dibantah oleh Pertubuhan Kebangsaan Agensi Persekutuan Malaysia (Pikap).
Bantahan itu kerana MyEG disifatkan sebagai berat sebelah bagi majikan dan tidak adil bagi pembantu rumah.
Menurut Presidennya, Datuk Zulkepley Dahalan, sistem MyEG membolehkn majikan untuk memperbaharui permit pembantu rumah mereka tanpa pengetahuan ataupun kebenaran pekerja selain tu mereka tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pekerjaan swata (APS).
Maka dengan itu, beliau memberikan alasan bahawa sistem online itu boleh menyebabkan segelintir majikan mengambil kesempatan menyambung permit tanpa pengetahuan dan kerelaan pekerja mereka. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini