Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak hari ini telah kembali menjalankan tugasnya seperti biasa selepas dinasihatkan oleh doktor supaya berehat sebelum ini.
Dato Sri Najib sebelum ini dinasihatkan supaya berehat selepas disahkan dijangkiti Virus E.Coli selepas melawat banjir baru-baru ini.
BACA: Dato Sri Najib Dijangkiti Virus E.Coli Dan Perlu Berehat
Beliau dilaman Twitternya telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan beliau cepat sembuh.
Beliau turut memuatkan gambar bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam pertemuan dengan mereka untuk membincangkan isu berkaitan dengan banjir dan usaha-usaha untuk membantu mereka yang terjejas.
Kami di Siakapkeli mendokan agar dato sri sihat sepenuhnya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan menjadi Perdana Menteri yang sentiasa menitik beratkan hal berkaitan rakyat dan negara.-Siakapkeli.com.my