Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Terkejut Selepas Mengandung Walaupun Sudah 15 Tahun Menopause

No Comment


Segala tidak mustahil begitulah yang terjadi kepada Allison Noyce, 36, selepas 16 tahu lalu beliau telah disahkan telah mengalami menopuse yang menyebabkan dia tidak boleh melahirkan anak secara semula jadi.

Berita terbaru yang mengejutkan semua pihak apabila Allison telah disahkan hamil  sekaligus telah mengubat dukanya yang sebelum ini telah patah semangat setelah disahkan telah menopuse awal.

Pada Julai 2013 apabila Allison telah merasakan sesuatu di bahagian perutnya yang membuatkan beliau berasa sakit dan menyangka ia adalah ketumbuhan kerana terasa benjolan dari dalam perut.

Selepas itu baliau telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor dan sesuatu yang mengejutkan apabila doktor mengesahkan beliau telah mengandung lapan bulan.

“Saya dan suami, Richard tidak pernah menyangka akan bergelar ayah dan ibu apabila ujian mengesahkan saya sudah menopause sebelum ini,” ujarnya.


Selang dua belas hari selepas itu Allison telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel yang dinamakan sebagai Sophie.

“'Sophie adalah benar-benar satu keajaiban. kami tidak percaya apabila doktor kata saya tidak hanya mengandung tetapi sudah dekat untuk melahirkannya ,” kata Allison yang ternyata amat gembira.

Beliau sebelum ini terasa loya dan muntah tetapi beranggapan itu adaah kerana beliau terlalu bekerja kuat sehingga tidak cukup rehat tetapi tidak menyangka  yang sebenarnya dia mengandung.-Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli