Salah satu syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, Digi hari ini secara rasminya memperkenalkan penjenamaan baru untuk syarikat mereka #digiLetsInspire. Selain daripada logo yang dikemaskini juga terdapat perubahan pada visi syarikat tersebut.
Visi terbaru Digi, untuk menjadi salah satu syarikat mudah-alih terkemuka di Malaysia dengan penawaran internet untuk semua, perkhidmatan yang disukai pelanggan dan juga perkhidmatan yang lebih efisyen berbanding sebelumnya, serta memberikan impak kepada komuniti.
Digi yang sebelum ini telah menjadi syarikat pertama yang menawarkan perkhidmatan Internet Untuk Semua, hari ini pula penggua boleh kekal berhubung di pelbagai negara lain selain Malaysia.
Digi juga menawarkan akses kandungan internet pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja melalui pembaharuan ini sejurus membolehkan pengguna kekal berhubung dan menikmati pelbagai kandungan yang memberikan inspirasi kepada mereka. - Siakapkeli.com.my