Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Peguam Sirul Kini Di Sydney, Cuba Dapat Pembebasan

No Comment

KUALA LUMPUR: Dua peguambela dalam kes bekas UTK polis Sirul Azhar Umar yang berdepan hukuman mati atas dakwaan membunuh Altantuya Shaariibuu, kini  berada di Sydney untuk melepaskan anak guam mereka daripada pusat tahanan, lapor portal The Star Online.

Menurut laporan itu, dua peguam berkenaan, Hasnal Rezua dan Kamarul Hisham Kamaruddin kini sedang merancang untuk mendapatkan pembebasan Sirul Azhar dari pusat tahanan tersebut.

Hasnal memberitahu, dia dan Kamarul Hisham telah tiba di Sydney pada Ahad lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada Khamis ini.

“Ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan sudahpun dibuat di Australia, selebihnya akan diteruskan di Malaysia,” ujar Hasnal.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Sirul Azhar, 43, telah dipindahkan ke bahagian kawalan keselamatan maksimum di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.

Sirul dan seorang rakan setugas, Azilah Hadri telah disabitkan kesalahan dan dihukum mati pada 13 Januari atas pembunuhan Altantuya yang merupakan seorang model dan juga penterjemah dari Mongolia. ─ Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli