Makan Sisa Pelanggan, Kanak-Kanak Pelarian Syria Dipukul
Hanya kerana memakan sisa makanan di Burger King yang ditinggalkan pelanggan premis itu, kanak-kanak pelarian Syria di Istanbul, Turki dipukul oleh seorang pengurus makanan premis tersebut.
Menurut saksi yang melihat kejadian itu telah memuat naik gambar kanak-kanak malang yang berlumuran darah pada ketika dia dibantu oleh orang awam.
Insiden itu bagaimanapun telah menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap perbuatan yang tidak perikemanusiaan pengurus cawangan Burger King itu.
Menyedari perkara itu, seorang wakil syarikat makanan segera Burger King bertindak memecat pekerja yang bertindak keterlaluan itu.
“Perbuatan pekerja itu tidak melambangkan jenama serta dasar kerja Burger King. Premis tersebut telah membuang pekerja terbabit dan kami memohon kemaafan di atas kejadian memalukan ini,” kata wakil itu lagi.
Wakil itu berkata, perbuatan pekerja itu tidak melambangkan jenama serta dasar kerja Burger King. Premis tersebut telah membuang pekerja terbabit dan kami memohon kemaafan di atas kejadian memalukan ini. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini