Edar Dadah: Polis Tahan 5 Individu Sekitar Ibu Negara
KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar yang mempunyai 13 rekod kesalahan lampau antara lima yang ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah di sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.
Lelaki tempatan berusia 50 tahun itu ditahan bersama seorang lagi rakannya berusia 42 tahun di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini Rabu lalu dan polis turut menjumpai sekilo dadah jenis syabu serta 12 tiub heroin seberat 2 gram kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, berkata selain dadah, polis turut menemui beberapa peralatan, cecair serta serbuk kimia dipercayai digunakan untuk memproses dadah methamphetamine dalam rumah berkenaan yang turut digunakan suspek sebagai stor penyimpanan dadah.
“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mereka kini direman tujuh hari sehingga Rabu depan.
“Melalui penahanan dua suspek berkenaan, kita berjaya menumpaskan salah satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di ibu negara sejak setahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Tiga lagi suspek ditahan berasingan di sekitar Kepong dan Jalan Sungai Besi, Cheras membabitkan rampasan dadah heroin bernilai RM9,000 serta syabu dan pil eramin 5 bernilai RM54,700. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini