Eric Paulsen Buat Laporan Polis Selepas Diugut Bunuh Susulan Tidakannya Pertikai Khutbah Jumaat
PETALING JAYA: Kerana tindakan biadapnya sebelum ini yang mempertikaikan teks Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menggalakkan ekstremisme menyebakan Eric Paulsen telah menerima ugutan bunuh.
Beliau yang merupakan seorang peguam hak asasi manusia hari ini telah membuat laporan polis berkenaan ugutan bunuh tersebut berikutan tindakannya telah memuat naik status kontoversi di Twitter yang membuatkan dia menerima begitu banyak kecaman.
Kenyataannya di dalam twitter itu berbunyai,"Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia.” tetapi Tweet tersebut telah dipadam.
Paulsen menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan menuduh Jakim menggalakkan ekstremisme.
"Saya mengambil ugutan-ugutan ini sebagai sesuatu yang sangat serius kerana ia adalah sebahagian daripada kempen fitnah yang berniat jahat menuduh saya menghina Islam. Ini adalah tuduhan palsu," katanya.
"Saya hanya mengkritik Jakim, sebuah agensi kerajaan. Saya tidak pernah menyebut Islam dalam 'tweet' saya," katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata komen itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini