Eric Paulsen Individu Hina Khutbah Jumaat telah Ditangkap Polis
Eric Paulsen sebelum ini yang telah menghina teks khutbah Jumaat yang ditulis oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah ditahan pihak Polis sebentar tadi di Brickfields.
Walaupun beliau tidak menyebut perkataan khutbah Jumaat tetapi apa yang ditulisnya dilaman Twitter itu jelas ditujukan kepada teks khutbah Jumaat yang mengatakan ia menganjurkan fahaman ekstremis.
BACA: Eric Paulsen Buat Laporan Polis Selepas Diugut Bunuh Susulan Tidakannya Pertikai Khutbah Jumaat
Penangkapan Eric Paulsen ini telah disahkan oleh Ketuan Polis Negara melalui laman Twetternya yang disiarkan oleh Facebook rasmi milik Polis Diraja Malaysia(PDRM) sebentar tadi.
Walaupun beliau merupakan seorang peguam hak asasi manusia, tetapi tindakannya itu tidak disokong oleh badan peguam yang lain.
Menurut kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) beiau kini dibawa ke balai polis Dang Wangi.
Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap Paulsen ekoran tulisannya di Twitter pada Jumaat lalu yang mendakwa Jakim “mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat”.
Pengerusi Biro Agama UMNO Azmir Yuzaimi Mohd Yunos di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya mendakwa kenyataan itu berunsur hasutan, provokasi terhadap Islam dan mahu tindakan tegas diambil.
Tulisan kontroversi itu bagaimanapun dipadamkan setelah dikritik banyak pihak, termasuk Pemuda PAS dan Utusan Malaysia.
Pada Sabtu, Khalid dilapor mengesahkan polis akan menyiasat Paulsen bawah Akta Hasutan 1948.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini