Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Tayar Kereta Turun Mendadak Termasuk Tayar Import

No Comment


PETALING JAYA: Berdasarkan maklumat dari beberapa orang pengusaha kedai tayar di daerah ini mengatakan harga tayar telah mengalami penurunan termasuk beberapa tayar import yang mahal turun mengalami penurunan.

Bagaimanapun sebab harga tayar jatuh belum diketahui, iai mungkin kerana harga getah dipasaran tempatan dan dunia jatuh.

Menurut seorang pemilik kedai tayar, Chin Wai Hong berkata harga tayar telah jatuh di antara 10 dan 15 peratus sejak September tahun lepas mnyebabkan beliau tidak berana menyimpan stok.

"Saya telah berada dalam industri ini selama 30 tahun dan tidak pernah mengalami sebarang penurunan besar ke atas harga tayar,"

"Saya tidak mahu membeli pada harga yang lebih tinggi dan menjualnya rendah. Sebab itulah saya menambah stok tayar apabila perlu, "katanya.

Lim Soo Guan, yang memiliki sebuah kedai tayar di USJ berkata harga tayar akan menyaksikan penurunan dengan pelaksanaan GST.

"Ramai yang membuat spekulasi bahawa duti import untuk tayar akan turun lagi bermula 1 April. Itulah sebabnya pengeluar cuba untuk menghabiskan stok mereka sekarang,"

"Saya terpaksa menjual sebahagian daripada stok tayarnya dalam kerugian disebabkan oleh kejatuhan harga, " katanya.

Lim berkata sesetengah tayar import yang harganya lebih mahal, RM500 misalnya kini berharga kira-kira RM420.

Seorang pengurus peruncitan sebuah kedai tayar di SS2 juga berkata harga beberapa jenama tayar telah menurun, sambil berkata kadar penurunan bergantung kepada saiz dan tahun pengeluaran.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli