Jose Mourinho Mohon Maaf Kerana Kritik Pengadil
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memohon maaf kepada pengadil, Kevin Friend kerana mengkritik beliau tidak memberikan sepakan penalti pada perlawanan Piala FA, malam tadi.
Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea muncul juara selepas mengatasi Watford 3 - 0.
"Saya mahu meminta maaf berkenaan sebahagian komen saya di dalam temuramah di televisyen," kata Mourinho.
Sebelum ini, Mourinho mengkritik keputusan pengadil tidak menghadiahkan penalti selepas pemain tengah Chelsea, Diego Costa dikasi oleh pemain lawan Craig Cathcart.
Sementara itu, pengadil Kevin Friend menjelaskan, beliau pasti akan menawarkan sepakan penalti jika Chelsea tidak menjaringkan gol selepas kekasaran tersebut.
"Pengadil tersebut mengadili perlawanan dengan baik," tambah Mourinho, selepas mendengar penjelasan Friend.
"Beliau memberitahu saya, beliau tahu ianya penalti. Beliau akan memberi penalti, namun beliau tunggu beberapa saat selepas nampak bola tersebut pergi ke Loic Remy dan Remy menjaringkan gol.
Jika Remy gagal mengawal bola atau dia gagal menjaringkan gol, pengadil akan menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea." tambahnya.
Sementara itu, pengurus Watford, Slavisa Jokanovic puas hati dengan persembahan anak buahnya, walaupun kalah.- Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini