Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rancang Buka Kilang Sendiri

No Comment


HIJRA Timepiece (M) Sdn Bhd (Hijra Timepiece), pengeluar jam tangan dan jam dinding, berhasrat membuka kilangnya sendiri pada tahun ini jika ada pihak yang berminat untuk melabur dengan syarikatnya.

Pengerusinya, Abdul Halim Abdul Hamid berkata, Hijra Timepiece mengalu-alukan sesiapa yang yakin dan berminat dengan produknya untuk melakukan pelaburan.

“Buat masa ini, Hijra Timepiece masih bergantung daripada pengeluar luar negara untuk menghasilkan jam. Jadi pengeluarannya agak terhad dan kadang kala tidak mampu menampung jumlah permintaan yang tinggi.

“Sebab itulah, kami tidak berani memasuki pasaran Timur Tengah kerana khuatir tidak mampu untuk membekalkan stok jam yang mencukupi,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu merancang mengeluarkan lebih banyak produk baharu pada masa depan termasuk jam yang dilengkapi dengan panduan arah kiblat.

“Bagaimanapun, ketika ini, fokus kami lebih terarah untuk mendidik orang ramai mengenai jam tawaf ini menerusi sesi dialog.

“Justeru, kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk mengetahui mengenai jam tawaf untuk menghubungi kami.

"Kami tidak mengenakan sebarang bayaran pun,” katanya.

Hijra Timepiece yang mula ditubuhkan pada awal 2012 kini mempunyai 50 jenis jam termasuk jam tangan, dinding dan dekor yang boleh dibeli menerusi pengedarnya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli