Kerana tindakan lelaki itu, teman wanitanya kini sedang parah dan bertarungnya di hospital untuk hidup. Kejadian itu dipecayai berlaku di hadapan dua anak mereka yang berusia enam bulan dan tiga tahun.
Selain itu, Evangelino juga turut memukul gadis itu dengan kapak menyebabkan muka dan tengkoraknya retak.
Menurut jiran mereka, Alina Medrea, 59, dia mendengar suara Orellana menjerit dan kemudiannya berhenti sebelum kedengaran tangisan kanak-kanak terbabit.
“Saya kemudiannya berlari ke rumah mereka dan amat terkejut, seolah-olah menyaksikan filem seram.
“ Gadis itu terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah manakala sebelah matanya hilang. Anaknya pula berada dalam ketakutan,’’ katanya.
Menurut jurucakap polis, lelaki telah ditangkap dan berdepan penjara 20 tahun kerana cubaan membunuh.
"Ini merupakan keganasan domestik yang menakutkan yang pernah disaksikannya.Lelaki itu kini ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah,’’ katanya.-Siakapkeli.com.my