MANILA: Pasukan Tindakan Khas (SAF) yang merupakan pasukan polis elit Filipina telah memotong jari kanan arah Marwan selepas berjaya membunuh beliau untuk memastikan mereka mendapat DNA pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara itu.
Marwan ataupun nama sebenarnya Zukkifli Hir telah berlaku insiden berbalas tembakan dengan anggota SAF di perkampungan Pidsandawan di bandar Mamasapano, wilayah Maguindanao yang menyebabkan beliau terbunuh.
Superintendan Raymond Train telah menyuruh anggotanya membawa bersama mayat Marwan ketika kumpulan tersebut berundur selepas membunuh pengganas tersebut.
Namun, pertempuran dengan kumpulan pemisah yang ramai itu menyukarkan usaha membawa mayat Marwan dan komando polis bertindak memotong jari dari tangan kanan pengganas itu.
Dua versi laporan pengekstrakan DNA pada mulanya diterima, yang pertama mengatakan komando telah memenggal kepala Marwan dan kedua, memotong jarinya.
Namun Pengarah Polis, Getulio Napenas dan seorang pegawai dari Suruhanjaya Presiden Anti-Jenayah Terancang (PAOCCP mengesahkan komando telah memotong jari di tangan Marwan.
"Jari, satu jari di tangan kanannya," kata pegawai PAOCC.
Train membawa jari tersebut ke Kem Awang di Maguindanao untuk ujian DNA, menurut laporan tersebut.
Sebelum beredar, seorang komando sempat mengambil gambar mayat Marwan, kata sumber.
Mayatnya ditinggalkan di dalam sebuah pondok.-Siakapkeli.com.my