Motif Pembunuhan Altantuya Tidak Akan Diketahui - IGP
Teka-teki motif kematian pembunuhan ngeri model Altantuya Shaariibuu nampaknya masih belum terjawab walaupun hukuman mati telah dijatuhkan kepada Koperal Sirul baru-baru ini.
Misteri ini bukan sahaja bermain difikiran kita malahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan model dari Monggolia ini yang merupakan kes berprofil tinggi di negara kita.
Beliau tampil menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh bekas kekasih Altantuya iaitu penganalis politik Abdul Razak Baginda yang mnyifatkan pembunuh trsebut sebagai "anggota polis jahat".
Razak Baginda (tengah) sebelum ini telah dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Khalid bagaimnapun menegaskan "elemen jahat" memang wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.
"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya dipetik dari Malaysiakini.
Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.
Berbeza dengan kes pembunuhan Altantuya ini kerana aproses perbicaraan mahkamah melibatkan masa yang panjang dengan akhirnya keputusan keputusan telah dibuat bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat.
"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.
"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.
Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini