Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Korek Mata Bapa Kemudian Masak Untuk Dimakan

No Comment
Gambar hiasan.

Bulawayo (Zimbabwe): Seorang lelaki di sini membunuh bapanya sebelum mencungkil mata mangsa dengan pemutar skru dan memasaknya untuk dimakan dan kemudian berkelakuan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.

Trust Moyo, 27, menggunakan wayar untuk menjerut bapanya, tukang gunting tempatan yang berusia 61 tahun. Dia turut menggunakan ragum untuk mengetatkan jerutan berkenaan.

Penduduk kampung berkata, mangsa mati dalam keadaan mengerikan.

Jurucakap polis Bulawayo, Mandlenskosi Moyo mengesahkan pembunuhan itu, tetapi enggan memberi butiran lanjut.

“Saya mengesahkan seorang lelaki membunuh bapanya, tetapi saya tidak boleh memberitahunya secara terperinci,” kata Mandlenskosi.

Beberapa penduduk yang ditemui berkata, mereka terkejut dan tidak percaya dengan cara lelaki itu membunuh bapanya. Ada yang berkata, dia dirasuk ketika itu.

Jiran mendakwa sebelum kejadian, mangsa, Mbolandi Moyo, dan Trust bergaduh mengenai lembu yang diternak mereka.

“Trust mendesak bapanya membenarkan dia berkongsi lembu itu dengan ibu tirinya supaya dia boleh menjualnya dan menggunakan wang berkenaan untuk membeli arak,” kata jiran mangsa, Khulekani Nkomo.

Menurutnya, dia mendengar mangsa menjerit ketakutan.

“Dia meminta tolong dengan mendakwa anaknya hendak membunuhnya. Kami tidak mengendahkan kerana mereka bergaduh hampir setiap hari dan kami tidak mahu mencampuri urusan keluarga itu,” katanya.

Seorang lagi jiran berkata, Trust sering bergaduh dengan bapanya mengenai makanan, arak, rokok dan isu remeh lain.

Pagi semalam, dia dikatakan seperti biasa, menyediakan sarapan untuk dirinya .

Dia kemudian pergi ke balai polis dan memberitahu bapanya tenat dan meminta bantuan mereka.

Bagaimanapun, polis yang tiba di rumahnya terkejut melihat mayat bapanya berlumuran darah dengan beberapa anggota tubuhnya dicincang. - myMetro Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli