Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Pukul Ibu Guna Tukul Besi Hingga Mati Kerana Tak Mahu Makan Ubat

No Comment

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian di Taman Awana di sini, kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun itu marah apabila ibunya mendesaknya memakan ubat penyakit berkenaan.

"Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil dan mengakibatkan suspek mengamuk serta bertindak berang dengan menghentak kepala mangsa menggunakan penukul besi.

Difahamkan, mangsa kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada polis.

Menurut Ab Rashid, suspek dikatakan menghidap penyakit mental sejak 10 tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli