Lisa Tolak Jadi Pengacara Karpet Merah Oscar Kerana Hamil?
Sehari dua ini terdapat perkhabaran tentang kehamilan pelakon cantik Lisa Surihani.
Perkhabaran tersebut bermula dengan sebuah ruangan hiburan akhbar tabloid yang menyiarkan cerita dakwaan Lisa Surihani tidak dapat mengumumkan kehamilannya kerana sudah terikat kontrak bersama Astro.
Terbaharu portal Astro Awani melaporkan, heroin Istanbul Aku Datang itu dikatakan menolak tawaran menjadi pengacara segmen karpet merah bagi anugerah mega Hollywood iaitu Academy Awards yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan.
Terkini, menurut laporan Astro Awani, Lisa dikatakan menolak tawaran menjadi pengacara segmen karpet merah bagi anugerah mega Hollywood iaitu Academy Awards yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari ini.
Hal ini semestinya menguatkan lagi perkhabaran bahawa Lisa sedang kehamilan berikut dengan tawaran yang ditolaknya itu. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini