Mangsa Banjir Di Gua Musang Mula Ditempatkan Di Khemah Sementara
Semalam seramai 98 buah keluarga mangsa banjir dari Gua Musang yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka rosak atau dihanyutkan air telah mula berpindah dari pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 ke khemah transit sementara yang telah disediakan di kawasan lapang Bandar Utama.
Mereka semua dipercayai akan tinggal di dalam khemah transit ini selama tiga bulan sementara menunggu rumah panjang yang disediakan siap sepenuhnya.
Kawasan khemah transit itu dibina telah dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti elektrik, air, bilik mandi dan juga tandas.
Kelihatan khemah ini nampaknya lebih selesa berbanding dengan pusat pemindahan banjir yang sebelum ini kerana sebelum ini semua mangsa dilihat terpaksa bercampur, dengan pembinaan khemah ini mereka dilihat boleh mendapat "privasi" sendiri tambahan hal berkaitan dengan aurat.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini