Microsoft Marah "Aib" Windows 8.1 Didedah
Microsoft dilihat amat tersinggung dengan tindakan Google apabila mendedahkan kelemahan Windows 8.1 yang disebarkan oleh Google kepada pengetahuan umum melalui Google Project Zero.
Pendedahan yang dilakukan Google ini dipercayai amat tepat kerana walaupun sudah diberi masa Microsoft masih belum dapat menyelesaikan masalah ini.
Sebelum ini pada 30 September 2014, Google telah melaporkan mengenai bug tersebut kepada Microsoft. Mereka juga telah berjanji akan menyelesaikan masalah ini dalam masa 90 hari.
Namun segala rahsia tersebut telah didedahkan oleh Google walaupun pihak Microsoft dipercayia telah meminta masa tambahan untuk menyelesaikan masalah bug tersebut tetapi tidak dihiraukan oleh Google.
Google merasa tindakannya tepat kerana tempoh 90 hari yang diberikan pada Microsoft itu sudah terlalu lama. Dengan alasan tempoh masa itu, mereka telah mendedahkan kelemahan Windows 8.1 bersama dengan "code" untuk mencerobohnya.
Microsoft dipercayai akan mendedahkan sendiri perkara ini kepada orang ramai pada 13/1/2014 harini.
Menurut Senior Director for Trustworthy Computing Microsoft, Chris Betz berkata, "(Tindakan) itu dilihat seperti tidak berprinsip. seolah-olah mereka(Google) mengambi kesempatan sedangakan ayng rugi adalah pelanggan mereka sendiri".
"Apa yang dirasakan tepat oleh Google tidak semestinya tepat untuk pelanggannya. Kami mendesak mereka untuk melindungi pelanggan," tambah Betz.
Sekarang pihak Microsoft dilihat mendesak Google untuk menerima perjanjian Coordinated Vulnerability Disclosure. Perjanjian ini bertujuan untuk mengikat kerjasama antara peneliti dengan vendor.
Dengan kata lain Google jiak Google hendak bekerjasama dengan vendor hendaklah meneliti dulu secara ebih terperinci mengenai produk dan kelemahan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini