Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Militia Kurdis Kuasai 90 Peratus Kobane – CENTCOM

No Comment

WASHINGTON – Pejuang Kurdis berjaya memaksa kumpulan IS berundur dan kini menguasai 90 peratus bandar sempadan Kobane di Syria, menurut US Central Command (CENTCOM), sekali gus mengesahkan dakwaan militia Kurdis.

IS yang menawan kawasan besar di Syria dan Iraq, mengerahkan anggota dan menghantar senjata dalam serangan bagi menawan Kobane yang terletak di sempadan Turki.

“CENTCOM mengesahkan bahawa pasukan anti-ISIL (IS) kini menguasai 90 peratus Kobane,” menurut satu kenyataan.

Tentera Amerika yang membantu puak Kurdis dengan serangan udara berterusan, agak berhati-hati dalam menilai situasi semasa biar pun militia Kurdis mendakwa mencapai kemenangan dalam pertempuran yang berlanjutan beberapa bulan itu.

Namun CENTCOM yang mengawasi tentera AS di Asia Barat dan serangan udara terhadap IS, menyatakan ia “mengucapkan tahniah” kepada pejuang Kurdis yang “bertempur dengan tabah dan berani”. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli