Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murida Cedera Dicubit Gurut Kerana Tak Siap Kerja Sekolah

No Comment
Beginilah keadaan perut murid tahun enam yang berdarah didakwa akibat dicubit guru Matematik

KOTA BHARU - Seorang guru yang berang dengan muridnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah bertindak tidak wajar apabila mencubit perut kanak-kanak itu beberapa kali sehingga berdarah, kelmarin.

Menurut sumber, murid tahun enam di sebuah sekolah rendah di sini, dikatakan gagal menyiapkan kerja sekolah bagi mata pelajaran Matematik yang diberikan guru tersebut.

"Mereka diberi latihan yang banyak setiap hari bagi mencapai sasaran sekolah dalam UPSR tahun ini," katanya.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi guru berkenaan mencubit perut murid yang gagal menyiapkan kerja sekolah tetapi tindakan yang dilakukan kepada murid  berkenaan adalah di luar batasan dan etika seorang guru.

"Tidak wajar bagi seorang guru bertindak sedemikian sehingga mendatangkan kecederaan, jika ingin menghukum sekalipun perlu ada nilai kemanusiaan," katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli