Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Obama Pernah Kritik Charlie Hebdo Kerana Lukis Karikatur Nabi Muhammad S.A.W

No Comment


PARIS : Pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris, Prancis, telah diserang oleh dua orang saudara, Said Kouachi, 34 tahun, dan Cherif Kouachi, 32 tahun, pada hari Rabu, 7 Januari 2015 lalu.

Dalam kejadian itu seramai 12 orang termasuk 2 orang anggota polis dilaporkan terkorban dan beberapa orang lagi telah cedera. Kejadian ini depercayai sebagai tindak balas terhadap majalah tersebut yan gmenghina dan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW.

Pada tahun 2012, Presiden Barack Obama pernah memperingatkan Charlie Hebdo kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad.

"Rumah Putih mengkritik perlakuan Majalah Charlie Hebdo yang telah mencetuskan tunjuk perasaan di negara Timur Tengah," Kata Obama yang dipetik dari Daily Mail.

Majalah mingguan tersebut selalu menyiarkan gambar yang menghina dan menyindir agama Islam. Pada tahun 2011, pejabat Majalah Charlie Hebdo ini juga pernah diserang seseorang yang tidak dikenali.

Pihak berkuasa Perancis di laporkan sudah berjaya menangkap penyerang pejabat majalah tersebut. Dipercayai seorang penyerang telah terbunuh dalam operasi penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis itu.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli