Syarikat penerbangan utama Latvia, AirBaltic, telah berada di kedudukan pertama di dalam senarai "OAG Punctuality League 2014"sebagai syarikat penerbangan yang paling menepati masa di dunia pada tahun 2014.
AirBatic telah berjaya mengalahkan 900 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia membolehkan syarikat penerbangan AirBatic ini menjadi syarikat penerbangan yang paling boleh dipercayai dan maklumat yang diberi kepada penumpang adalah tidak pernah menghampakan.
Kategori Lapangan terbang juga turut dikeluarkan dengan membandingkan ketepatan masa, ketepatan maklumat dan ketepatan jadual penerbangan. Bagi kategori lapangan terbang pula Lapangan Terbang . Munich, Jerman telah berjaya menduduki tangga pertama.
Lapangan Terbang Munich, Jerman
Laporan yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan maklum balas dari penumpang dengan jumlah 43.5 juta penerbangan yang direkodkan pada tahun 2014.
Berikut adalah kedudukan 10 buah syarikat penerbangan dan 10 buah lapangan terbang yang mempunyai prestasi yang baik dari segi ketepatan masa.
Kategori syarikat penerbangan:
1. AirBaltic, Latvia.
2. Hawaiian Airlines, USA.
3. Austrian Airlines. Ausria
4. Iberia Air, Sepanyol.
5. Norwegian Air Shuttle. Norway.
6. KLM Airlines, Belanda.
7. Saudi Arabian Airlines. Arab Saudi.
8. SAS Airlines, Sweden(Ibu pejabat), Norway and Denmark
9. Japan Airlines, Jepun.
10. Thai AirAsia. Thailand.
Ketegori lapangan terbang:
1. Munich Airport, Jerman.
2. Tokyo Haneda Airport, Jepun.
3. Seattle Airport, USA.
4. Changi Airport, Singapura.
5. Minneapolis Airport, USA.
6. Amsterdam Airport, Belanda.
7. Frankfurt Airport, Jerman.
8. Sydney Airport, Australia.
9. Miami Airport, USA.
10. Charlotte Airport, USA.
Syarikat penerbangan tambang murah: Norwegian Air Shuttle.
Syarikat penerbangan terkemuka di Asia Pasifik: Japan Airlines.
Amerika: Hawaiian Airlines.
Eropah: AirBaltic.
Timur Tengah dan Afrika: Saudi Arabian Airlines.
-Siakapkeli.com.my