Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkasa Pertikai Lokasi Pembinaan Kuil Di Putrajaya

One Comment


PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) semalam melalui sayapnya iaitu Wira PERKASA telah menyatakan pendirian keras cadangan pembinaan sebuah kuil di Putrajaya.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, cadangan pembinaan dan pemberian kelulusan pembinaan kuil tersebut di Presint 20 oleh perbadanan Putrajaya adalah tidak wajar dan beliau menuntut penjelasan segera dari pihak perbadanan.

“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ. Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya yang dipetik portal Free Malaysia Today.

Menurut beliau, Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal memainkan peranan dan turut gagal dalam membuat sebarang perancangan perbandaran kerana cadangan pembinaan kuil tersebut adalah di kawasan majoritinya adalah penduduk melayu beragama islam.

Beliau turut mendakwa bahawa kebanyakkan kuil yang dibina di seluruh negara amat mudah untuk mendapat kelulusan.

“Ingat, Islam agama Persekutuan Malaysia. Jika kita buat permohonan untuk membina masjid ada sahaja alasan untuk meluluskannya. Tapi jika kuil, bina dahulu baru dapat kelulusan.

“Mana pergi integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan kakitangan kerajaan. Jangan kita jadi pengecut dan pak turut. Ikut sahaja apa yang diminta. Malulah kepada anak bangsa Melayu kerana kita mempunyai kuasa tapi kepimpinan yang layu dan lesu,” tegasnya.

Beliau menyifatkan perkara ini seperti menghina pihaknya dengan apa yang dilakukan oleh Menteri dan pihak Perbadanan Putrajaya yang telah meluluskan pembinaan kuil itu tanpa meminta pendapat penduduk Putrajaya terutama penduduk di Presint 20.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Salam sori bkan nak pertikaikan tp agama lain tmpat ibadat mereka hari ker penuh? Hari jumaat wajib pegi solat kat masjid tuk llaki kecuali ade sbb musabab yg x dpt dielakkan contoh kite sakit. Mase raya pla x wajib tp sunat. Klu nak ckp nape mase raye masjid penuh sbb mse tu ler kite ble jemput kenalan yg xde contact atau member dah lame x jumpe dari zaman batu lg. Mase solat 5 waktu pla wajib tp kte ble wat kat mane kte berkesempatan. Takkan waktu keje kte nak g masjid jarak 4 km atau 30 mint waktu pjalanan pegi blik, tu x tambah mse nak solat lg. Kte kene pikir gak kte ni bkeje tu 1 ibadah jge. So kene seimbangkan solat dan keje spaya x jejaskan komitmen kte yg bkeje ni. Sbb tu kat tpat keje kite ade disediakan surau tuk solat ble tba waktu. Kne pikir ler jarak perjalan dan mase kite. Kat malaysia ni penting tuk ade masjid besr supaya leh menampung jemaah yg makin ramai. Umat islam xkan berkurang tp akan smakin ramai. So pikir3 ler. Betul x? Bkan nak halang agama lain nak wat tpat ibadat mereka tp biar sesuai tempat tuk dibina. Salam. Klu ade salah ni maaf ye.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli