Obor-Obor Biru Tawan Gold Coast
GOLD COAST 19 Jan. – Penduduk di sekitar pantai di wilayah Queensland, Australia digemparkan dengan kehadiran sekumpulan besar ubur-ubur berwarna biru menawan kawasan perairan peminat luncur air popular di Gold Coast, semalam.
Laman web Daily Mirror melaporkan, ribuan ubur-ubur itu dilihat memenuhi setiap sudut perairan di pantai Gold Coast yang menjadi syurga para peluncur air tersebut.
Seorang jurugambar dan ang*gota penyelamat pantai, Grahame Long tidak melepaskan peluang merakamkan beberapa imej ubur-ubur yang terapung di Narrowneck berdekatan Brisbane.
Kumpulan besar ubur-ubur itu terapung kira-kira 400 meter dari pesisir pantai.
Grahame Long berkata, dia pernah melihat kawanan ubur-ubur sebelum ini di kawasan itu, namun kali ini bilangannya lebih banyak.
“Kawanan ubur-ubur itu hanya berhimpun di satu kawasan sahaja,” ujarnya lagi.
Namun, kawanan ubur-ubur itu kini semakin menghilang dan mula bergerak dari kawasan tersebut ke Gold Coast Seaway.
Ubur-ubur itu dilaporkan bergerak ke perairan Gold Coast sepanjang perayaan Krismas kerana tiupan angin kuat dari timur laut dan sering kali dijumpai terpijak, mengganggu para perenang dan peluncur air yang acap kali di*sengat. - Utusan Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini