Teruja Lihat Naga Di Pulau Tioman
ROMPIN – “Pada mulanya saya tak percaya legenda Pulau Tioman yang didakwa terbentuk daripada seekor naga, namun setelah lihat sendiri dengan jelas keadaan bentuk pulau berkenaan ketika sedang bersiar di Pantai Hiburan, saya akui bentuknya memang menyerupai naga,” kata bekas Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha.
Menurutnya, semenjak peristiwa itu, beliau sering bersiar-siar di Pantai Hiburan terutama pada waktu petang dan waktu terbaik untuk mencuba nasib melihat ‘pulau naga’ itu adalah pada awal pagi atau lewat petang namun, ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Pantai ini unik dan sememangnya dikunjungi ramai, namun tak mustahil jumlah pelancong akan meningkat lagi setelah mereka mengetahui keistimewaan yang terdapat di sini.
“Selalunya, bentuk naga itu tidak jelas kerana dilindungi awan, namun jika bernasib baik, memang ada masanya kita dapat lihat bentuk naga jika diamati betul-betul,” katanya.
Beliau yang kini bertugas di Pejabat Daerah Maran berpendapat bahawa keunikan ini membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui kehadiran ramai pelancong yang berkunjung ke daerah ini.-Sinar harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini