PAC Tidak Akan Audit 1MDB – Nur Jazlan
PETALING JAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan menjalankan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana langkah itu sudah dilaksanakan firma antarabangsa, kata Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Mereka mempunyai akauntan profesional yang lebih berkeupayaan kerana memiliki tenaga kerja yang cukup termasuk akauntan bertauliah dan sebagainya.
“Keduanya, firma audit antarabangsa itu perlu melakukan tugas yang terperinci kerana perlu memastikan reputasi mereka tidak terjejas jika melakukan kesilapan,” katanya kepada The Star Online, Sabtu.
“Sekiranya sebarang dokumen baharu timbul, PAC tentu sekali akan menelitinya, tetapi buat masa ini semuanya jelas dan jika audit dilakukan semula pun ia tidak akan memberi sebarang kesan besar,” tambahnya.
Pengerusi PAC itu bagaimanapun berkata, adalah lebih baik jika wakit 1MDB memberi pengesahan berhubung beberapa perkara.
“Banyak perkara diperkatakan mengenai 1MDB, dan dengan adanya CEO baharu dan perubahan dalam pentadbiran syarikat itu, mereka sepatutnya memberi penjelasan untuk memperbaiki imej yang tercalar.
“Seperti Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) misalnya, dia meminta penjelasan dan saya rasa pihak 1MDB perlu tampil untuk tujuan itu,” katanya Nur Jazlan. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini