Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pembinaan Kuil Di Presint 20 Adalah Ganti 15 Kuil Yang Dirobohkan Semasa Awal Pembinaan Putrajaya

No Comment


Semalam pihak Wira PERKASA iaitu sayap kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) telah mendesak pihak Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya tampil menjelaskan isu pembinaan kuil di kawasan Presint 20.

Wira PERKASA telah menentang pembinaan kuil tersebut kerana beranggapan kawasan tersebut adalah majoriti didiami oleh orang melayu beragama Islam.

BACA: Perkasa Pertikai Lokasi Pembinaan Kuil Di Putrajaya

Untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk,Kementerian Wiayah Persekeutuan melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk menjawab dan menerangkan perkara ini.

Pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.


Jadi kalau diikutkan dari penjelasan Kementerian Wilayah Persekutuan cadangan pembinaan sebuah kuil Hindu di Presint 20,Putrajaya tidak wajar dijadikan isu.

Sebelum wujudnya Putrajaya kawasan tersebut sebenarnya adalah ladang yang mempunyai banyak kuil dari kuil yang bersaiz kecil hinggalah kuil yang bersaiz besar.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Selain itu dakwanaan yang menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan. Perkara ini juga adalah tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 tersebut sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.

Tidak lama dulu bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu memberitahu kuil yang hendak dibina di Presint 20 adalah yang paling unik di negara ini.

Kuil yang menelan belanja RM12 juta itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.

Menurut Samy Vellu ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat.

Pendapat admin sendiri Isu ini merupakan isu sensitif yang sepatutnya tidak dibincangkan di khalyak ramai kerana pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati kerana perkara ini menyentuh sensetiviti agama. Hal-hal yang berkaitan dengan sensetiviti beragama sepatutnya tidak disentuh demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli