PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan Armada Timur TNI
telah melakukan operasi selaman disekitar bangakai ekor pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata hari ini.
Tujuan utama selaman ini adalah untuk mencari kotak hitam pesawat tersebut namun operasi selaman selama 62 minit itu gagal menemui kotak hitam tersebut.
"Kami sudah menyusuri sekeliling kawasan bangkai pesawat tersebut tetapi tidak berjaya menemu kotak hitam itu," kata Serka Oot Sudarma salah seorang anggota pasukan penyelam TNI.
Namun, menurut Oot, ada bahagian belakang ekor pesawat yang tidak dapat dimasuki kerana tertanam dalam pasir dan lumpur di dasar laut. Beliau telah menyarankan agar ekor pesawat ditarik naik terlebih dahulu ke permukaan yang lebih tinggi sehingga keluar dari bahagian pasir dan lumpur itu.
Ketika ini pasukan penyelamat telah berjaya memasang tali dan tiga "Lifting bag" di bahagian ekor bangkai pesawat itu. Beg pengapungan itu akan dikembangkan di dalam air untuk menarik ekor pesawat ke permukaan.
Kapal Crest Onyx milik SKK Migas yang boleh menarik beban seberat 50 tan turut digunakan untuk menaikkan bangkai pesawat AirAsia itu. Setelah ditarik, ekor pesawat akan berada pada ketinggian 5-7 meter sehingga tak ada lumpur yang menghalangi.
Bangkai ekor pesawat AirAsia QZ8501 yang berjaya di rakam
"Ekor pesawat itu akan ditarik tetapi harus diawasi oleh penyelam di bawah untuk melihat sisa-sisa barang yang jatuh. Mungkin ada kotak hitam di situ," kata Panglima TNI memberi kebenaran untuk menarik pesawat.
Bagaimanapun dipercayai tiga "Lifting bag" yang digunakan tidak cukup untuk mengapungkan bangkai pesawat dan masih menunggu 5 lagi Lifting bag tambahan memudahkan kerja pengapungan.-Siakapkeli.com.my