Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

QZ8501: Petugas Forensik Akan Memancing Ikan Jika Tiada Mayat Untuk Dikenalpasti

No Comment


SURABAYA: Selepas hampir dua minggu sibuk bertugas mengenal pasti identiti mayat, selain duduk termenung atau bersembang kosong di bilik mayat, jangan terkejut melihat petugas forensik nahas QZ8501 juga leka memancing ikan air tawar.

Mungkin itulah sahaja cara paling mudah mengisi masa lapang buat puluhan anggota pasukan dikenali sebagai Disaster Victim Indentification (DVI) yang agak popular sejak drama bersiri Crime Scene Investigations (CSI) disiarkan stesen TV seluruh dunia.

Bertempat di Hospital Polis Wilayah Jawa Timur Bhayangkara di sini, unit DVI pasukan Polis Republik Indonesia dan petugas forensik dari seluruh dunia hanya sibuk sejurus mayat dari bangkai pesawat malang AirAsia Indonesia itu berjaya ditemui.

Namun, sementara menunggu jenazah baharu yang pasti mengambil masa dijumpai pasukan pencari pelbagai negara di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah, suasana sunyi sepi turut membosankan sesiapa sahaja di hospital tersebut.

Justeru, sebelum pesawat dari Pangkalan Bun tiba di Juanda, Surabaya, masa luang yang ada diisi sebaiknya dengan memancing ikan di kolam yang terletak di belakang kompleks markas Polis Wilayah Jawa Timur dan tidak pula jauh dari hospital berkenaan.

Lengkap berpakaian seragam universal baju merah dan seluar gelap, mereka cuma duduk mengelilingi kolam seluas 50×50 meter itu bersama-sama tanpa mengira pangkat sambil bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan dari pelbagai negara.

Selain pemancing dari kalangan anggota Tentera Nasional Indonesia, pasukan DVI antarabangsa itu turut mengandungi ramai petugas forensik dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Australia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sehingga lewat malam tadi, sudah ada 41 jenazah yang sudah tiba di Bhayangkaran dengan 25 daripadannya berjaya dikenal pasti serta telah diserahkan kepada pihak keluarga manakala jenazah yang lain setakat ini masih dalam proses pengecaman.– Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli