Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Piala Liga: Sturridge Mungkin Turun Temu Chelsea – Rodgers

No Comment

LONDON – Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge mungkin akan turun gelanggang apabila pasukannya menentang Chelsea dalam separuh akhir kedua Piala Liga di Stamford Bridge, esok (awal pagi Rabu).

Pengurus pasukan, Brendan Rodgers berkata penyerang prolifik itu dijangka tersenarai selepas kembali daripada kecederaan yang lama.

Sturridge – bekas penyerang Chelsea itu sudah menjaringkan 25 gol untuk Liverpool dalam semua kejohanan, musim lalu dan tidak beraksi untuk Merseyside sejak Ogos lalu selepas dilanda beberapa siri kecederaan.

Sturridge pergi mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat ke atas kecederaan paha dan sudah kembali berlatih dengan pasukan pertama.

Rodgers berharap penyerang England itu akan bersedia untuk berdepan Chelsea.

“Dia (Sturridge) berlatih cukup baik semalam dan dia nampak dalam keadaan selesa ketika ini,” kata Rodgers, hari ini.

“Dia nampak seperti sudah kembali normal. Tapi kami tidak akan mengambil risiko…itu sudah pasti. kami mahu pastikan dia sudah benar-benar bersedia.”

Jaringan menakjubkan daripada Raheem Sterling membantu Liverpool seri 1-1 ketika menentang Chelsea di Anfield, minggu lalu.

Pendahulu liga, Chelsea pula perit selepas tersingkir daripada Piala FA apabila dikejutkan kelab bahagian tiga, Bradford City 4-2, Sabtu dan Rodgers mahu anak didiknya berwaspada.

“Mereka mencapai keputusan amat mengecewakan dan ini tidak bererti mereka bukan pasukan bahaya,” katanya.

“Kami akur ia akan menjadi satu perlawanan sukar tapi kami tidak takut kerana kekuatan kami adalah menyerang.” – REUTERS
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli