Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

QZ8501: Ekor Pesawat AirAsia Telah Berjaya Diapungkan

No Comment


PANGKALAN BUN: Ketua Pegawai Operasi SAR hari ini telah mengesahkan bahawa pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) telaah berjaya mengapungkan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ke permukaan air tengahhari tadi.

Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat.

Bahagian ekor pesawat yang telah ditemui beberapa hari lalu itu hanya boleh diapungkan pada hari ini kerana kekurangan peralatan.

Bagaimanapun penemuan bahagian ekor pesawat AirAsia yang merupakan lokasi terdapatnya kotak hitam dan alat perakam bagaimanapun kosong tanpa objek tersebut.



Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.



Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli