Sangkal Laporan Media Jadi Punca Kemalangan Maut, Empat Individu JPJ Beri Penjeasan
KUALA LUMPUR: Pihak Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) telah tampil menafikan anggotanya menjadi punca kemalangan maut di Melaka yang menyebabkan empat orang meninggal dunia.
BACA: Empat Maut Kereta Kancil Dirempuh Perdana
Semalam pihak media telah melaporkan berita dengan mengatakan Proton Perdana yang berlanggar dengan Produa Kancil itu sedang dikejar oleh pihak JPJ dan menyebabkan kemalangan.
Berikut adalah penjelasan pihak JPJ mengenai perkara ini. - Siakapkeli.com.my
PENAFIAN LAPORAN BERITA "EMPAT MAUT KERETA DIBURU JPJ BERLANGGAR SEBUAH KANCIL"
PUTRAJAYA- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil serius laporan berita tidak sahih yang dikeluarkan oleh salah sebuah media tempatan.
Di dalam laporan tersebut menyatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Melaka pada 23 Januari 2015 pukul 4.15 petang adalah disebabkan proton perdana dari arah Merlimau yang diburu pasukan JPJ sehingga memasuki jalan bertentangan berlangar dengan produa kancil dan menyebabkan 4 maut di tempat kejadian.
Ibu Pejabat JPJ telah menerima laporan penuh daripada JPJ Negeri Melaka berhubung dengan situasi sebenar yang berlaku iaitu, 4 anggota JPJ yang sedang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan sebuah kemalangan dan telah memberi bantuan yang sewajarnya sementara menunggu pihak polis sampai ke tempat kejadian.
Berikutan dengan itu, laporan Polis telah dibuat oleh anggota yang berada di tempat kejadian bagi menjelaskan situasi sebenar dan menafikan laporan berita yang dikeluarkan oleh media tempatan tersebut.
JPJ melahirkan rasa kecewa dengan laporan berita yang ditulis tanpa membuat rujukan sahih daripada pihak jabatan.
Siasatan sedang dibuat berhubung dgn laporan berita tersebut.
23 Januari 2015
Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
Malaysia
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini