Serangan Paris direka CIA – Editor WSJ
WASHINGTON: Serangan pengganas yang mengorban 12 kakitangan di sebuah akhbar satira Charlie Hebdo di Perancis pada Rabu lalu, merupakan satu operasi sulit oleh Biro Penyiasatan Pusat (CIA) yang sengaja direka bagi meningkatkan kebencian terhadap umat Islam di Eropah.
Pendedahan oleh bekas Penolong Setiausaha Perbendaharaan ketika pentadbiran Donald Reagan, Dr. Paul Craig Roberts itu, dibuat dalam satu artikel yang diterbitkan di blognya, www.paulcraigroberts.org pada hari Khamis lalu.
Portal berita Iran, PressTV melaporkan, beliau yang juga merupakan editor bersekutu Wall Street Journal mendedahkan, serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo merupakan kerja orang dalam yang sengaja memerangkap orang Islam sebagai kambing hitam.
"Penganut Islam diperdaya menjadi kambing hitam semata-mata untuk membuatkan Perancis mengikut telunjuk Amerika Syarikat (AS)," katanya.
Roberts berkata, motif kejadian kemungkinan disebabkan sekatan ekonomi dikenakan AS terhadap Rusia yang secara langsung menjejaskan pertumbuhan Perancis.
"Presiden Perancis minggu lalu berkata, sekatan oleh AS itu perlu ditamatkan. Serangan itu adalah cubaan mewujudkan kebergantungan Perancis kepada AS berhubung sekatan Washington terhadap Rusia," ujarnya.
Beliau turut menyertakan teorinya dalam tulisan itu antaranya, kad pengenalan seorang suspek, Said Kouachi yang ditemukan di tempat kejadian, berbanding pasport suspek serangan 11 September 2001 yang dijumpai berada dalam keadaan elok di sebalik serpihan pencakar langit berkenaan.
Roberts sebelum ini mendakwa, serangan terhadap menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York itu turut didalangi CIA.
"Suspek boleh jadi bersalah atau tidak dan kedua-duanya. Hanya perlu diingatkan bahawa semua komplot pengganas itu direka untuk menjadikan ancaman pengganas tersebut kelihatan benar kepada masyarakat Amerika," katanya.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini