GEORGE TOWN: Usaha bekas tentera British untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia, Wan Jamilah, membuahkan hasil apabila dia menerima panggilan mengejut dari Wan Jamilah.
Baca : Bekas Tentera British Cari Wan Jamilah
Wan Jamilah dan Holbrook berjaya ditemukan kembali hasil usaha bekas abang ipar Wan Jamilah menerusi panggilan telefon. Difahamkan, Wan Jamilah kini menetap di Australia.
"Panggilan pertama yang saya terima daripada bekas abang ipar Jamilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Dia (bekas abang ipar) di Kuala Lumpur ketika dia menghubungi saya," katanya memetik laporan dari The Star.
"Pada kira-kira pukul 10.15 pagi, saya mendapat panggilan daripada Jamilah," tambah Holbrook.
"Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit," katanya.
Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan telah dianugerahkan dua orang anak dan seorang cucu.
![]() |
Sumber komental Siakapkeli, Princess Bonda |
"Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung.
"Jamilah masih pulang ke Pulau Pinang, sekurang-kurangnya sekali setahun, biasanya pada April, untuk menziarahi saudara-maranya," kata Holbrook sambil menyatakan terima kasihnya kepada bekas abang ipar Wan Jamilah.
"Saya pernah tinggal bersama dia (bekas abang ipar Jamilah) apabila saya datang dari Kluang, Johor, untuk berjumpa Jamilah (di Pulau Pinang), dan dia akan meminjamkan saya motosikal untuk saya berjumpa dengan Jamilah," katanya mengimbas kembali kenangannya bersama dengan bekas abang ipar Jamilah.
Menurut Holbrook, telefon bimbitnya sering kali berdering setelah kisahnya menjadi viral di media sosial dan pertama kali disiarkan di The Star.
"Saya terima sejumlah panggilan dan pesanan teks. Ada antara mereka mengucapkan selamat berjaya untuk menjejaki Jamilah, manakala yang lain berkata mereka akan cuba membantu saya mencari Jamilah.
"Malah ada antara mereka mempunyai maklumat dan cadangan bagi membantu dalam mengesan di mana Jamilah berada," katanya.
"Saya bersyukur di atas bantuan dan keprihatinan semua pihak, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas ucapan mereka," kata Holbrook, yang menghabiskan masanya pada pagi isnin dengan menjawab banyak panggilan telefon dan membalas pesanan teks.
Holbrok telah ditemuramah oleh sebuah stesen radio tempatan pada Isnin(semalam) dan menyatakan dia telah menemui Jamilah.
"Saya beritahu mereka semua yang saya telah menemuinya (Jamilah)" kata Holbrook yang kini masih lagi bujang. - Siakapkeli.com.my