Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Microsoft: Untung Lebih Rendah, Walaupun Pendapatan Naik

No Comment
KETUA pegawai eksekutif Microsoft, Satya Nadella berucap pada majlis memperkenalkan Microsoft cloud di San Francisco, Oktober tahun lalu. - Foto Reuters

SAN FRANCISCO – Microsoft mengumumkan untung bagi suku berakhir 31 Disember 2014 susut walaupun pendapatan naik daripada penjualan tablet Surface, konsol Xbox One dan servis perkomputeran awan.

Untung jatuh 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada AS$5.9 bilion (RM23.3 bilion) tetapi pendapatan mencecah AS$26.5 (RM95.5) bilion, kata ketua pegawai eksekutif Satya Nadela sambil menambah transformasi syarikat berada di landasan betul.

“Kami mengambil langkah berani di semua platform perniagaan terutama menerusi Windows 10, untuk memberikan pengalaman baharu, kategori baharu dan peluang baharu kepada para pelanggan,” kata Nadella.

Saham Microsoft susut tiga peratus kepada AS$45.53 (RM164) seunit dalam sesi selepas dagangan berikutan pengumuman keputusan kewangan itu.

Pada suku ketiga, pendapatan daripada khidmat perkomputeran awam termasuk Office 365 dan Azure naik lebih sekali ganda untuk mencecah paras tahunan sebanyak AS$5.5 bilion.

Sementara itu, langganan bagi versi kegunaan peribadi Office 365 naik lebih 30 peratus kepada 9.2 juta apabila Micorosoft kini lebih peka kepada perubahan gaya hidup yang mana perisian itu disewa secara online berbanding dibeli dan dipasang sendiri oleh pengguna seperti sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi, Kevin Turner pula berkata syarikat kini melihat lonjakan permintaan terhadap khidmat awan seperti Office 365, Dynamics CRM Online dan Azure serta Surface Pro 3.

“Gerak kerja pemasaran kami di seluruh dunia terus menumpukan kepada usaha membantu pelanggan berubah kepada awan,” katanya.

Microsoft Bing pula berkembang 20 peratus dalam segmen pemasaran secara online di AS manakala jualan konsol permainan video Xbox naik kepada 6.6 juta unit berikutan lonjakan permintaan pada musim perayaan dan hujung tahun.

Mengikut syarikat itu, pendapatan daripada jualan tablet Surface dan aksesorinya naik 24 peratus kepada AS$1.1 bilion pada suku dikaji.

Peningkatan itu membantu menampung penyusutan 13 peratus pendapatan daripada pelesenan sistem operasi Windows yang selama ini menjadi produk teras Microsoft. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli