Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video Kanak-Kanak ISIS Tembak Mati 2 Perisik Rusia Tersebar

One Comment


Satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak yang didakwa dari pengikut ISIS menembak mati dua orang perisik telah menjadi viral dan menjadi perbualan hangat diantara pengguna-pengguna internet. Kemunculan video terbabit sekali lagi menimbulkan isu kesahihan sepertimana video-video yang didakwa keluaran ISIS sebelum ini.

Video berdurasi 7 minit 37 saat itu dimulai dengan rakaman temuramah perisik-perisik tersebut.. Menurut apa yang dipaparkan di dalam video tersebut, kedua-dua perisik tersebut adalah dari agensi perisikan Rusia (FSB).

Di dalam temuramah terbabit, ejen FSB yang pertama ditemuramah, yang memperkenalkan diri sebagai Mamyev Jambulat berkata dia telah dihantar untuk mengumpul informasi dari ISIS. Jambulat juga memberitahu dia dilahirkan di Kazakhstan, yang mungkin menjadi sebab kenapa kanak-kanak dari Kazahstan dipilih untuk menjalankan hukuman menembak mati kedua-dua ejen ini.

Perisik kedua pula, Ashimov Sergey Nikolayavich, berkata dia bekerja di agensi perisikan Rusia. Meurut Nikolayavich, dia telah dihantar untuk mengesan dan membunuh salah seorang dari pemimpin ISIS.

Kelibat kanak-kanak dari Kazakhstan tersebut mula kelihatan pada minit 5:47 dimana dia kelihatan memakai baju berwarna hitam sambil memegang sepucuk pistol. Beberapa minit kemudian, kanak-kanak itu melepaskan beberapa das tembakan kearah perisik-perisik Rusia terbabit.

Kanak-kanak lelaki tersebut sebelum ini pernah tampil di dalam satu video ISIS yang memaparkan askar kanak-kanaknya yang sedang berlatih di Kazakhstan.


Video ini mula disebarkan oleh Al-Hayat Media, media rasmi kumpulan ISIS, dan kini telah menjadi viral di media sosial dan menjadi topik perbincangan hangat di internet. - Siakapkeli.com.my

Amaran : Video ini tidak ditapis.

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Time Rasul dulu tangkapan perang dijaga makan minum tak dibunuh. Misi Nabi (s.a.w) adalah untuk dakwah semata2 kerana Allah bukan dendam bukan benci bukan nak takutkan musuh. Seboleh-bolehnya dia nak semua musuh yang ditangkap, masuk Islam dan jadi orang beriman. C'est Islam. Tak kisah la fake atau betul, ini bukan perbuatan Islam. Islam lagi suci dari benda macam ni. Membunuh kalau perlu. Dah tangkap, kena ikat, tak melawan perlu dibunuh?

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli