Volkswagen Menawarkan 15% Diskaun Baiki Kenderaan Untuk Mangsa Banjir
Di sini Siakapkeli suka untuk berkongsikan satu berita baik kepada pemilik kenderaan jenama Volkswagen.
Pengumuman dari pihak Volkswagen Group Malaysia (VGM) yang mana satu kempen servis bagi membantu pemilik-pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibar daripada banjir yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini.
Diskaun sebanyak 15% ditawarkan oleh Volkswagen Group Malaysia ke atas alatanm dan alat ganti tulen yang mana terjejas akibat daripada banjir itu.
Kepada pemilik Volkswagen yang terlibat boleh menghubungi pengedar Volkswagen di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjur berkenaan kempen ini anda boleh menghubungi di talian bebas tol Volkswagen di 1-800-88-8947. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini