Wanita Mati Terjun Tasik di Shah Alam
Shah Alam: Seorang wanita berusia 29 tahun ditemui mati selepas terjun ke dalam Tasik Shah Alam kira-kira 3.30 petang ini.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian 3.43 petang sebelum dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, anggota bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa beberapa minit kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pasukan perubatan daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang dipanggil ke lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
"Mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini