Wartawan Menyamar Sebagai Jururawat Untuk Rakam Gambar Mayat Penyanyi
SHENZHEN: Tiga orang wartawan talboid Shenzhen Evening News sanggup menyelinap masuk ke hospital dengan menyamar sebagai jururawat semata-mata untuk merakam gambar mayat penyanyi Yao Beina yang meninggal dunia akibat kanser pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, tindakan mereka itu dianggap tidak berperikemanusiaan dan akhbar tersebut dikecam oleh orang ramai. Keluar Yao juga terpaksa masuk campur bagi menghalang gambar tersebut disiarkan.
Yao yang menderita ketika melawan kanser payudara selain membuat keputusan menderma kornea menyebabkannya mendapat perhatian perminatnya dan sekaligus menyifatkan tindakan wartawan itu terbabit tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar.
Seorang peminat Yao dalam meluahkan kemarahannya berkata ,“Biar wartawan itu mati dan kemudian suruh orang ambil gambar mereka, barulah tahu rasanya,’’
Susulan daripada kritikan dan hentaman orang ramai yang diterima menyebabkan akhbar tersebut terpaksa meminta maaf.
Dia yang menjadi terkenal selepas lagu temanya dalam filem 1942 itu disahkan mengidap kanser payudara pada 2011.
Selepas menjalani pembedahan mastectomy, Yao kemudiannya terlibat dalam Voice of China dan turut menyanyikan semula lagi Frozen, Let It Go dalam versi mandarin.
Yao yang terlibat dalam Voice of China dan turut menyanyikan semula lagu Let It Go dari filem Frozen kemudiannya disahkan mengidap kanser oleh doktor.
Menurut laporan, kenser berkenaan telah merebak ke paru-paru dan otak menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital pada Disember baru.
Yao akan dikebumikan pada Selasa ini. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini