5 Suspek Kes Tembak Direman Di Kota Bharu
Kota Bharu: Lima suspek yang terbabit dalam kejadian tembak di Jalan Sri Cemerlang kelmarin diperintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Februari ini.
Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Roszita Md Saad memerintahkan mereka yang berusia 20-an itu ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
Harian Metro semalam melaporkan lima lelaki berkenaan terbabit dalam kejadian tembak merebut seorang gadis yang menembak kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki sekumpulan tujuh lelaki.
Mereka berbuat demikian selepas wanita terbabit memilih untuk pergi bersama tujuh lelaki.
Berang dengan keputusan berkenaan, salah seorang daripada suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kereta tujuh lelaki itu. ─ myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini